Friday, July 31, 2009

Troubled Felix

Betapa malasnya mahu menghadapi peperiksaan yang digelar peperiksaan paling penting kerana peperiksaan yang sungguh menyakiti minda ini ialah penentu ke arah kemerdekaan... eh, ke arah kejayaan, jika mendapati keputusan yang cukup memuaskan. Dasawarsa ini lantaran terlalu dihidangkan dengan perkembangan negara yang gah di persada dunia, namun kita acapkali terserentak dengan masalah pelajar yang masih tidak sedar bahawa mereka akan menghadapi SPM dalam masa 110 hari; dan mengira (and counting). Pelajar-pelajar ini masih lagi berada dalam dunia sendiri dan gemar membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menyanyi dan berangan sepanjang masa. Ini merupakan puncanya jerawat seringkali didapati tumbuh di atas permukaan kulit. Seperti mana yang kita tahu masa yang digunakan dengan tidak bijak itu sepatutnya digunakan dengan bijak; dengan mengulangkaji.

Mari kita mengambil contoh, Peon Meon, seorang pelajar Tingkatan 5 yang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengah Jalan Pusat Manusia Biskut Lembik, telah mangaku bahawa dia tidak minat menuntut ilmu. Peon Meon telah mengatakan bahawa beliau lebih gemar bermain guitar dan melakukan aktiviti yang dikenali sebagai 'headbanging' oleh remaja yang mengejar kehidupan moden pada era pascaglobalisasi ini, mengikut rentak muzik rock kegemarannya. Inilah punca masalah yang negara kita sedang menghadapi pada masa ini. Remaja yang tidak mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu supaya mereka akan berjaya dalam kehidupan dan mendapat gaji yang sangat banyak pada masa depan? Tidak semestinya. Ada remaja yang tidak perlu belajar. Minda mereka terlalu kreatif untuk pembelajaran biasa. Ada pelajar yang mempunyai pelan tindakan sendiri untuk berdansa sepanjang perjalanan ke arah kejayaan. Ini semua bergantung pada individu dan perkara yang mereka ingin melakukan pada masa depan.

Apa aku merepek pun tak tau la. Haih. :)
BM sangatlah senang :)

I think I'll stick to English.
I'm working on it!!!!!

3 comments:

  1. Sesungguhnya pemikiran dan minat saya serupa dengan Encik Peon Meon itu :D

    ReplyDelete
  2. Peon Meon, you will do great things

    ReplyDelete