Wednesday, June 23, 2010

Tak Sengaja.

Sengaja sebenarnya.
Mouse aku baruuu je landing atas semut yang tak bersalah. Reflex.
Kesiannnn Encik Mut.

Aku duduk kat tingkat 3, semut ada, lalat pun boleh sampai atas tu. Tak penat ke dorang? Agak tinggi lah kan tingkat 3 tu. Mestilah penat, tu la sebabnya kerja dorang lepak kat bilik aku. Dah penat kan mendaki gunung everest, lepak ah kat puncak. View best, makanan belambak. Bila hujan plak, kelkatu nak dekat seribu kot datang terbang2 dekat dalam toilet la, koridor la. Pastu bila terbang dalam bilik, aku cepat2 tutup lampu so dia terbang kat roommate aku punya seksyen hahha :D Pastu nanti dia terbang, terkena fan, dengarlah bunyi "tiungggg" pastu nampak dia terplanting kat sebelah sana pastu dlm keadaan mabuk cuba terbang balik kepada cahaya lampu roommate sebelahku.

Kat koridor, ada satu labah2 yang bontotnya warna ke-silver-an. Suka tengok, kadang2 macam ada deimon deimon (diamond) kat bontot dia tu, bulat, comel je. Tapi bila angin kuat, sarang dia pun dah mula berhayun hayun, lintang pukang lari balik bilik.
Praying mantis apa dalam BM? Mentadak eh? Haaa, tu dah jumpa warna hitam belegam satu, dan warna hijau daun satu.

Tambahan pula, toilet2 di asrama ni, boleh buat Zoo Serangga.
Serangga jenis apa kau nak tengok? Semuaaaa ada.

Belang2 hitam merah, warna cokelat(biasa tgk kan), warna hijau, warna hitam, warna grey, warna oren, besar gila nak mampos, kecik kecik, rupa lipas tapi bukan lipas, rupa kelkatu tapi bukan kelkatu, rupa semut tapi ada macam genetic disorder jd macam mutant lipas campur semut, semua adaaa.

Petang tadi baru nampak kupu-kupu (kot) yang bila dia stop rehat kat dinding, sayap dia flat kat dinding tu, macam muka transformers. Ada satu ni bila dia tak bergerak, rupa macam tengkorak. Ada satu ni, kecik nk mati, warna hijau, macam lipas KECIKKKKK tapi bukan lipas, boleh terbang, bila dia gigit, adoiii...tensen. Dan bukan satu sahaja yang datang untuk menjamu selera, die pg jemput satu kampung dia datang makan. Sakit dan gatal. Ngok ngek tol.

Tapi kan, bila dah mandi diteman beratus serangga setiap pagi, aku dah tak takotttt. Terroorr kan :D

Tapi, lipas. YEEEEEEEEESH. Tadi nampak satu BESARRR punya lipas, tapi dia lain skit. Kaki dia lagi berduri, macam keras punya duri, dan lagi panjang. Badan lagi nipis. Warna teh o. hahaaa :P Yuck. EEEEEEEEEE EEEEEEEEEE EEEEEEEEE. Yech.

So, jika berminat, jemput datang ke Zoo Serangga, Tandas Asrama Vega :)
Ada 16 habitat. Masuklah satu2 untuk melihat serangga2 yang disebut di atas.

Oh dan p/s, kat tepi aku skrg ni, ada satu labah2 mati, kering kedontang dah. hahaaaa.

Woohooo! :D Seronoks!

2 comments: